Pembelajaran Di Sekolah Rendah – Peranan Guru

Masalahnya aku bukan nya seorang guru. Walaupun pernah hampir 2 tahun aku mengajar.

Anak – anak sudah mula masuk ke sekolah. Tak kira la sekolah rendah atau sekolah menengah. Aliran Kebangsaan atau Cina mahupun Tamil. Terbaca mengenai harapan seorang guru untuk membetulkan nawaitu (hajat/impian) bagi mendidik anak muridnya. Seantero pelusuk nusantara atau dunia tahu peranan guru. Bagi aku peranan guru sama dengan peranan ibu bapa. Cuma lebih kepada soal akademik, sasiah dan rohani sepanjang detik anak anak berada di sekolah.

Apa yg cuba aku beritahu ialah bermula sekarang hingga lah Malaysia mencapai negara maju, anak anak tidak boleh disekat untuk memberi idea, tidak boleh disekat untuk bertindak nakal dan tidak boleh disekat jika tidak berminat untuk belajar dan tidak boleh disekat kalau tidak membuat kerja rumah. Tapi bolehkah mereka berdiri dengan sendirinya. Apakah cara terbaik untuk menjadikan seorang murid itu bukan sahaja pandai tetapi menghargai apa yg guru pernah ajari.

Apa yg perlu kita sekat? Nothing! Yg boleh merubah seseorang untuk berubah adalah diri anak murid itu sendiri. Buatlah berapa banyak hukuman ttp mereka tetap dgn nakal mereka, malas belajar nya mereka dan pelbagai sifat negatif yg sukar dibendung.

Soalnya, masakan hati manusia tidak boleh diukir dengan baik? Lentur la buluh rebung itu nescaya cantiklah jadinya nanti.

Kita balik semula ke 27 tahun yg lepas dan bandingkan dengan masa skrg. Adakah kita masih ingat guru yg menepuk tampar anak murid atau mengajar sambil lewa dan tidak pernah bermanis muka dengan anak muridnya? Adakah kita ingat pada guru yg mengajar mata pelajaran yang kita tidak minat. Jawapannya kadang kadang dan secara puratanya ialah kita sebenarnya tidak ingat. Jawapan yang senang ialah kadang kadang kita malas ambil tahu mengenai guru tersebut dan ada yg membenci guru ini.

Cuba kita tukar persepsi dengan kontrakan penyataan d atas. Adakah kita ingat pada guru yang selalu memberi galakan dan memberi pujian dan selalu menasihati pekara yang baik serta sering memberi contoh yg baik kepada anak muridnya. Mendidik mahupun melayan anak murid seperti anak mereka sendiri. Paling mudah ialah guru tersebut adalah rakan terbaik ku yg perlu ku contohi.

Jawapannya ialah ya aku ingat.

Yang aku takutkan ialah cikgu masakini tidak meninggalkan legasi apa yang dikatakan membawa ke arah kebaikkan. Legasi sekarang ialah mengejar jam kredit yg ditetapkan berdasarkan kokurikulum. Beg perlu digalas dengan ketat dan kuat serta buku 17 buah perlu dibalut disalut dengan kemas. Mereka leka dengan kesibukan dan sering merungut mengenai kenaikan pangkat.

Beruntunglah anak anak kalau ada seorang guru yang tahu bahawa memang besar tanggungjawab nya mendidik anak bangsa. Pewaris masa hadapan ini. Biarlah anak kita balik dari sekolah dengan rasa gembira dan keesokkan harinya merasa seronok malahan bersemangat untuk kembali ke sekolah dan bertanya kenapa sabtu dah ahad sekolah tk dibuka-nya?

Jika di marah dipukul di perli anak murid itu, maka dengkelkan pemikiran seorang cikgu itu kerana untuk memotivasikan anak murid utk berjaya dan cerdik bukan dengan hemburan tetapi dengan pujian serta nasihat. Janganlah cikgu rasa berputus asa kerana sebaik baik perkara sebelum datangnya sesuatu kebaikkan itu adalah melalui lisan.

Selamat Maju Jaya kepada semua guru. Tanpa kalian maka cetek la ilmu yg ku ada.

About these ads

2 thoughts on “Pembelajaran Di Sekolah Rendah – Peranan Guru

    • en_me: salam ziarah ke blog saudara juga. Cantik gambar ..nikonian? arghhh! hehe.. blog baru nampaknya.. keep up your good work! leh share ilmu sesama. :D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s